MY EE TEAM BLOG!!

CURRENT PROJECT

Tuesday, February 16, 2010

AKU MENCURI KETIKA .......??

Post bahasa melayu pulak untuk keselesaan aku menulis dan membaca,akan tetapi jika ada permintaan untuk mengalih bahasa,insyaAllah akan diusahakan.hehehe.macam ramai ja dok baca ;p .

Masa aku kecil, seringkali kehendak aku mahu dipenuhi. “nak permainan nih”, “nak permainan tu”, “nak makan kfc”, “nak duit lebih”, “nak bergaya” dan yang paling menyedihkan apabila kadang-kadang ada perasaan malu keluarga aku ada kekurangan.”malu sebab kereta tidak sehebat kereta kawan…”.Dengan akal yang singkat, rasanya perasaan itu boleh dimaafkan..tetapi semakin dewasa, aku tengok sendiri bagaimana nilai sehelai duit seringgit itu dibandingkan dengan penat lelah yang dilaburkan...pernah sekali,hari Jumaat masa aku darjah 5,ada pasar tani depan rumah aku, mama letak RM10 atas meja.

Masa tu minat terhadap komik terlalu dasyat. Disebabkan aku tiada duit, aku curi duit itu dan beli komik. Kononnya nak selamat,aku beli 2 komik,satu untuk adik aku, bila mama nak membeli sayur dan ikan, mula la sesi mencari duit yang hilang tadi,padahal aku yang kebas, Yang aku hairan, tiba-tiba otak aku jadi sebijak Michael Scofield. Balance duit yang aku curi tu, aku letakkan di lokasi yang tersembunyi berasingan, so,aku pun berlakon bersama-sama mencari duit RM10 yang hilang tu. Aku pergi cari di lokasi balance duit yang aku sembunyikan. 3-4 kali aku kononnya terjumpa duit dalam rumah.cari 1-2 minit jumpa RM2,cari lagi jumpa RM 1.50, cari lagi jumpa RM3.

Nampak macam aku terkantoi di situ disebabkan asyik aku ja jumpa duit. Parent tanya balik,”sapa ambik duit untuk beli ikan tu”?.semua diam,padahal aku yang curi…akhirnya mama kata,tak perlu masak makan sebab duit dah tiada..masa tu la otak aku rasa bersalah sangat-sangat dan tidak boleh handle lagi. Akhirnya aku mengaku jugak secara diam dekat mama..bila ayah dengar,terus dia minta semua komik tu ,nak bawa jual balik dekat pasar yang aku beli tu.aku kena ikut sekali,bila pergi kat gerai komik di pasar, mamak jual komik tu tidak mahu beli balik komik yang dah dijual..ayah suruh aku baca komik tu. Adik aku pun kena jugak,padahal aku yang kepala.mulai ja hari tu, aku tak berani mencuri sebab teruk bila fikir susah payah orang cari duit. Bijak untuk berbuat perkara jahat tidak kemana kerana apabila sampai masa akan dibalas juga.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...